SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba awal

Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba awal

Feb 17, 2021 | 6:02 PM

Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba awal

Penghantaran vaksin Moderna diturunkan dari kapal terbang di Lapangan Terbang Changi pada Rabu (17 Feb).
Penghantaran vaksin Moderna diturunkan dari kapal terbang di Lapangan Terbang Changi pada Rabu (17 Feb). - KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

PENGHANTARAN pertama vaksin Covid-19 Moderna tiba di Singapura pada petang Rabu (17 Februari).

Ia dibawa oleh kapal terbang Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari Brussels di Belgium dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 1.40 petang. Vaksin itu diberi keutamaan apabila dimasukkan di Brussels dan apabila dikeluarkan di Singapura, kata SIA dalam satu kenyataan. Ia kemudian dibawa ke kemudahan rantaian sejuk SATS, Coolport, untuk penyimpanan dan pengangkutan di darat. Kementerian Kesihatan (MOH) pada 3 Februari berkata penghantaran pertama vaksin Covid-19 Moderna itu akan tiba sekitar Mac, jika tidak ada gangguan pada jadual penghantaran. Vaksin itu adalah vaksin Covid-19 kedua yang dibenar digunakan di Singapura selepas vaksin Pfizer-BioNTech, yang diluluskan pada pertengahan Disember.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg