Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penurunan jelas kes masyarakat jaminan langkah pemutus litar dilonggar

Apr 28, 2020 | 7:37 PM
HARUS DIJAMIN: Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong berkata kekurangan jangkitan antara masyarakat yang muktamad harus dijamin sebelum langkah pemutus litar dapat dilonggarkan sama ada pada 4 Mei atau selepas tarikh itu. - FOTO: LIM YAO HUI
HARUS DIJAMIN: Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong berkata kekurangan jangkitan antara masyarakat yang muktamad harus dijamin sebelum langkah pemutus litar dapat dilonggarkan sama ada pada 4 Mei atau selepas tarikh itu. - FOTO: LIM YAO HUI -

WALAU perangkaan kes jangkitan Covid-19 antara masyarakat semakin berkurangan kebelakangan ini, Singapura harus mencapai tahap penurunan kes jangkitan yang muktamad terlebih dahulu sebelum langkah pemutus rantaian jangkitan dapat dilonggarkan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong pada Selasa (28 April).

Menyatakan demikian di sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian yang diadakan secara dalam talian, beliau berkata, kekurangan jangkitan antara masyarakat yang muktamad harus dijamin sebelum langkah itu dapat dilonggarkan sama ada pada 4 Mei atau selepas tarikh itu.

"Kami masih sedang melihat (perangkaan itu) dalam beberapa hari yang akan datang ini, bagaimana perkembangan perangkaan itu berlaku," katanya.

Ini sedang Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa mengumumkan bahawa ia telah memperluas daya usahanya dalam menawarkan lebih banyak kemudahan serta keupayaan bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk mereka yang menghidap gejala ringan dan yang sedang memulih.

Namun Encik Wong menjelaskan, walaupun langkah tersebut telah diperluas, termasuk mempertingkatkan ujian bagi mengenal pasti jangkitan Covid-19, namun beliau berkata, beliau tidak akan rasa 'terkejut' sekiranya pihaknya mengenal pasti kes jangkitan lain.

"Antara kes itu mungkin merupakan kes yang 'tersembunyi,' yang melibatkan individu yang menghidap gejala ringan atau tidak menghidap sebarang simptom namun mereka berada di dalam masyarakat. Mereka boleh berubat secara sendiri kerana mereka memikirkan bahawa mereka sedang menghidap sesuatu flu yang biasa dan mengambil ubat seperti panadol atau ubat flu yang lain serta berehat sendiri," jelas beliau.

Oleh itu, beliau berkata bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan dan memperluas daya usahanya dalam mempertingkatkan lagi ujian.

"Setelah keadaan bertambah baik termasuk kemerosotan perangkaan jumlah kes jangkitan, baru kami akan melihat sekiranya sekatan yang berkuat kuasa sejauh ini dapat dilonggarkan," tegas Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg