SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penyelia, pekerja mati setelah pengsan dalam tangki kapal

Penyelia, pekerja mati setelah pengsan dalam tangki kapal

May 24, 2021 | 11:13 PM

Penyelia, pekerja mati setelah pengsan dalam tangki kapal

MALANG TIDAK BERBAU: Penyelia itu telah memasuki tangki balast sebuah kapal pengorekan tanpa menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) atau memeriksa jika apa yang ingin dilakukan itu selamat. - Foto MAJLIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA
MALANG TIDAK BERBAU: Penyelia itu telah memasuki tangki balast sebuah kapal pengorekan tanpa menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) atau memeriksa jika apa yang ingin dilakukan itu selamat. - Foto MAJLIS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA -

DUA lelaki meninggal dalam satu kejadian tangki kapal pada Rabu lalu (19 Mei).

Awalnya, seorang penyelia telah memasuki tangki balast kapal pengorekan untuk memeriksanya tanpa menyarung peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang sewajarnya atau memastikan jika langkahnya itu selamat.

Tidak lama selepas beliau tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, pekerja kedua memasuki tangki itu bagi menyelamatkannya tetapi beliau juga pengsan, kata Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) dalam buletin pada Isnin (24 Mei).

Pekerja ketiga yang cuba menyelamatkan dua orang yang tidak sedarkan diri itu juga pengsan di dalam tangki itu.

Menyusuli kejadian itu, kru kapal lain berusaha mengalih udara ke dalam tangki itu. Pekerja kedua berupaya keluar dari tangki itu selepas sedarkan diri.

Kata Majlis WSH: "Penyelia dan pekerja ketiga kemudian dikeluarkan dari tangki itu oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura tetapi malangnya tidak lagi bernyawa."

Majlis itu, sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM), berkata kejadian itu menunjukkan bahaya yang tidak dapat dikesan apabila berada dalam ruang terbatas.

Nama firma itu atau butiran kematian tidak didedahkan majlis berkenaan. Begitu juga tiada keterangan sama ada syarikat yang terlibat itu sedang disiasat atau diperintahkan agar menghentikan sebarang tugasan.

Majlis WSH mengingatkan pekerja agar tidak membuka lurang di ruang terbatas tanpa keizinan pihak berkuasa. Usah juga menjalankan kerja menyelamat tanpa menggunakan PPE yang sepatutnya.

Kakitangan sesebuah syarikat juga harus elakkan daripada memasuki ruang terbatas jika tidak dilatih berbuat demikian.

Ia juga menggesa majikan agar patuh pada ketetapan menyelamatkan nyawa dalam Peraturan WSH (Ruang Terbatas).

Antara lain, undang-undang itu memerlukan sekurang-kurangnya seorang pekerja di dalam ruang terbatas dilengkapi dengan layar gas mudah alih bagi terus memantau kadar oksigen atau gas berbahaya di samping memastikan pengaliran udara yang cukup di dalam ruang terbatas itu.

Kematian terkini di tapak pekerjaan ini berlaku setelah lebih 3,200 peraturan keselamatan dan kesihatan tempat kerja dilanggar sewaktu pemeriksaan dibuat antara Januari dengan April, sebahagiannya sebagai usaha penguatkuasaan yang dipertingkat tahun ini.

Jumlah ini hampir seganda banyaknya daripada 1,800 kes pelanggaran undang-undang tahun lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg