Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeragawan ITE

PEMENANG: (Dari kiri) Cik Sharmen Diana Frugtneit (tempat ketiga), Cik Delphina Viloria (naib juara), Cik Averrey Lim (juara), Encik Delwin Dew (juara), Encik Emil Loh (naib juara) dan Encik Ng Jian Wei (tempat ketiga) dalam peraduan peragawan dan peragawati ITE-Carrie's Next Top Model. - Foto TAUFIK A. KADER
Oct 24, 2015 | 6:11 AM
Peragawan ITE
SEJAK berumur sembilan tahun, Cik Sharmen Diana Frugtneit, seorang pelajar kursus perkhidmatan perniagaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, bermimpi menjadi seorang model.
Sekarang ini, beliau peminat setia rancangan realiti popular America's Next Top Model. Tiap kali menonton rancangan itu, beliau terbayang dirinya memperagakan pakaian oleh pereka fesyen terkemuka dunia di 'catwalk' antarabangsa.