Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbaiki mutu kehidupan pesakit gegaran tangan dan angin ahmar

Nov 14, 2025 | 5:30 AM
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GyroGear™, Dr Faii Ong (kiri), telah membina GyroGlove™ iaitu teknologi sarung tangan yang boleh memperbaiki mutu kehidupan pesakit yang mengalami gegaran tangan seperti mereka yang mengalami sakit Parkinson atau masalah gegaran, Essential Tremor.  
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GyroGear™, Dr Faii Ong (kiri), telah membina GyroGlove™ iaitu teknologi sarung tangan yang boleh memperbaiki mutu kehidupan pesakit yang mengalami gegaran tangan seperti mereka yang mengalami sakit Parkinson atau masalah gegaran, Essential Tremor.   - Foto GYROGEAR™

Sebagai seorang doktor muda kelahiran Singapura, Dr Faii Ong menemui seorang pesakit berusia 103 tahun yang mengalami gegaran tangan teruk hingga tidak mampu menyuap diri sendiri.

Melihat kehilangan keupayaan berdikari pesakit itu mendorong beliau membangunkan GyroGear™, teknologi sarung tangan pintar yang membantu memperbaiki mutu kehidupan pesakit yang mengalami gegaran tangan, seperti mereka yang menghidap Parkinson atau Essential Tremor.

“Gegaran tangan menjejas lebih 200 juta orang di seluruh dunia, namun sering dianggap sebagai ‘hanya bergegar’. GyroGear™ membuktikan bahawa teknologi mampu mengembalikan sifat berdikari, maruah dan hubungan dalam kehidupan harian dengan segera,” kata Dr Faii Ong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GyroGear™ Pte Ltd.

Dinobat sebagai Inovasi Terbaik TIME, sarung tangan GyroGear™ menggunakan penstabil giroskopik dan sensor terbenam untuk mengesan serta menstabilkan pergerakan gegaran secara serta-merta.

Direka agar mudah dipakai sendiri oleh pesakit, ia mempunyai ciri seperti permukaan genggaman khas dan pengikat besar.

“Pesakit boleh merasai kesannya dalam 8 saat hingga 10 saat selepas giroskop diaktifkan. GyroGear™ membantu pesakit kembali melakukan tugasan harian seperti makan, menulis, menaip atau bermain dengan ahli keluarga – sekali gus meningkatkan mutu hidup,” ujar Dr Ong.

Ia juga boleh digunakan bersama rawatan lain, dan pesakit Parkinson melaporkan peningkatan koordinasi serta keupayaan bergerak.

Sebagai salah satu pemenang CHISEL Healthcare InnoMatch 2025, GyroGear™ akan diuji di kelompok penjagaan kesihatan NUHS.

Syarikat GyroGear™ telah memenangi Anugerah Pilihan Penonton pada peringkat akhir acara CHISEL Healthcare InnoMatch 2025. Gambar menunjukkan (dari kiri) pengacara dan Pengarah Klinikal CHI, profesor bersekutu, Encik Wong Hon Tym; pengacara dan Pengarah Timbalan Pejabat Geran dan Inovasi, CHI,  Encik Casper Ng; Ketua Pegawai Eksekutif GyroGear™, Dr Ong Joon Faii; dan Ketua Pengkomersilan GyroGear™, Encik John Piontkowski.
Syarikat GyroGear™ telah memenangi Anugerah Pilihan Penonton pada peringkat akhir acara CHISEL Healthcare InnoMatch 2025. Gambar menunjukkan (dari kiri) pengacara dan Pengarah Klinikal CHI, profesor bersekutu, Encik Wong Hon Tym; pengacara dan Pengarah Timbalan Pejabat Geran dan Inovasi, CHI, Encik Casper Ng; Ketua Pegawai Eksekutif GyroGear™, Dr Ong Joon Faii; dan Ketua Pengkomersilan GyroGear™, Encik John Piontkowski. - Foto CHISEL HEALTHCARE INNOMATCH 2025
Syarikat LIFESCAPES diumumkan sebagai salah satu pemenang di peringkat akhir CHISEL Healthcare InnoMatch 2025. Gambar menunjukkan (dari kiri) Pengacara dan Pengarah Timbalan Pejabat Geran dan Inovasi, CHI,  Encik Casper Ng; pengacara dan Pengarah Klinikal CHI, profesor bersekutu, Encik Wong Hon Tym; pengadil peringkat akhir CHISEL, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Universiti Nasional, Profesor Aymeric Lim; dan Ketua Pegawai Strategi LIFESCAPES, Encik Masaaki Hayashi.
Syarikat LIFESCAPES diumumkan sebagai salah satu pemenang di peringkat akhir CHISEL Healthcare InnoMatch 2025. Gambar menunjukkan (dari kiri) Pengacara dan Pengarah Timbalan Pejabat Geran dan Inovasi, CHI, Encik Casper Ng; pengacara dan Pengarah Klinikal CHI, profesor bersekutu, Encik Wong Hon Tym; pengadil peringkat akhir CHISEL, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Universiti Nasional, Profesor Aymeric Lim; dan Ketua Pegawai Strategi LIFESCAPES, Encik Masaaki Hayashi. - Foto CHISEL HEALTHCARE INNOMATCH 2025
Anggota pasukan Lifescapes yang telah terlibat dalam pembangunan teknologi Brain Computer Interface (BCI) yang membantu pesakit lumpuh akibat angin ahmar atau kecederaan saraf tunjang.
Anggota pasukan Lifescapes yang telah terlibat dalam pembangunan teknologi Brain Computer Interface (BCI) yang membantu pesakit lumpuh akibat angin ahmar atau kecederaan saraf tunjang. - Foto LIFESCAPES

Satu lagi pemenang, Lifescapes, ditubuhkan oleh pasukan daripada Keio University yang membangunkan teknologi Brain Computer Interface (BCI) bagi membantu pesakit lumpuh akibat angin ahmar atau kecederaan saraf tunjang.

Timbalan Pengarah Bahagian Strategi Perniagaan, Encik Ryotaro Hirose, berkata mereka akan membangunkan protokol pemulihan disesuaikan secara tempatan dan mengesahkan keberkesanan BCI bersama doktor NUHS.

Teknologi itu mampu membantu pesakit memulihkan fungsi tangan, mempercepatkan proses keluar hospital dan mengurangkan kos rawatan, sambil meningkatkan kecekapan operasi hospital melalui protokol terapi yang boleh diulang secara konsisten, menurut Ketua Pegawai Strategi, Encik Masaaki Hayashi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg