Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerhalusi kemahiran kejuruteraan dengan program kerja Singtel

TINGKATKAN KEMAHIRAN: Penerima Biasiswa Kadet Kejuruteraan Singtel, Encik Mohammed Ibrahim, berpeluang antara lain mempertingkat kemahiran teknikal menerusi program bekerja sambil belajar di Singtel. - Foto BM oleh M.O. SALLEH
Dec 24, 2017 | 5:30 AM
Perhalusi kemahiran kejuruteraan dengan program kerja Singtel
SETIAP kali pelajar kejuruteraan yang juga abang Encik Mohammed Ibrahim Adam membawa pulang projek sekolah dulu, si adik akan tekun memerhatikannya membuat rekaan atau memasang wayar.
Itulah yang mencetus minat Encik Mohammed Ibrahim dalam bidang teknologi dan mendorongnya mengikuti diploma bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik Politeknik Republic.