Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perniagaan runcit di kawasan perumahan terjejas teruk dek krisis koronavirus

May 7, 2020 | 9:33 AM
PENJUALAN MEROSOT: Kedai yang dikategorikan sebagai khidmat penting menyaksikan jumlah penjualan dalam sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding jumlah penjualan biasa. FOTO: TIMOTHY DAVID
PENJUALAN MEROSOT: Kedai yang dikategorikan sebagai khidmat penting menyaksikan jumlah penjualan dalam sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding jumlah penjualan biasa. FOTO: TIMOTHY DAVID -

KAWASAN perumahan biasanya menyaksikan ramai peruncit menjual bermacam produk dengan ramai pelanggan setempat berkunjung untuk membeli-belah.

Namun krisis wabak koronavirus ini telah menjejas teruk perniagaan mereka, sedang ramai telah menutup kedai dan hanya segelintir pelanggan sahaja yang datang untuk membeli-belah di kedai yang masih buka, lapor The Straits Times (ST).

Beberapa perniagaan telah menyaksikan jumlah penjualan mereka merosot hampir 80 peratus, kata beberapa kesatuan.

Encik Yeo Hiang Meng, presiden Persekutuan Persatuan Pedagang-Pedagang Singapura (FMAS) berkata bahawa antara 70 hingga 80 peratus kedai runcit di kawasan perumahan dikategorikan sebagai perniagaan yang tidak penting dan harus tutup kedai sewaktu tempoh perintah pemutus rantaian jangkitan ini,

Beliau juga memberitahu bahawa kemungkinan dalam sekitar lima peratus mempunyai khidmat dalam talian untuk membolehkan mereka berniaga secara digital.

"Menjelang upacara Qing Ming dan perayaan Hari Raya yang akan datang ini, beberapa peniaga telah menambah stok barang keperluan namun mereka tidak boleh menjualnya sekarang," kata Encik Yeo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg