SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Persembahan Chingay secara digital buat kali pertama

Persembahan Chingay secara digital buat kali pertama

Feb 20, 2021 | 11:01 PM

Persembahan Chingay secara digital buat kali pertama

HADIRI PERSEMBAHAN CHINGAY: PM Lee Hsien Loong bersama isterinya, Cik Ho Ching, dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, di majlis persembahan Chingay di Mediacorp. - FOTO ARIFFIN JAMAR
HADIRI PERSEMBAHAN CHINGAY: PM Lee Hsien Loong bersama isterinya, Cik Ho Ching, dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, di majlis persembahan Chingay di Mediacorp. - FOTO ARIFFIN JAMAR -

PERARAKAN jalan Chingay - yang memasuki tahun ke-49 - dipersembah secara digital buat kali pertamanya pada Sabtu malam (20 Februari). Bertemakan Cahaya Harapan (Light of Hope), ia menampilkan kira-kira 2,000 peserta dan 150 pertubuhan dari Singapura dan serata dunia yang mengadakan pelbagai persembahan. Persembahan digital itu juga melibatkan penggunaan kesan gambar yang dihasilkan komputer yang menggabungkan persembahan fizikal dan maya daripada enam segmen perbarisan. Ini termasuk persembahan pembukaan oleh peserta daripada 18 kumpulan tarian tempatan yang khusus dalam pelbagai genre termasuk Latin, hip-hop dan balet, dan satu aksi yang meraikan budaya penjaja Singapura. Lebih 500 penduduk juga mempersembahkan lagu As I Believe, lagu oleh bintang Mandopop tempatan, JJ Lin, dalam pertunjukan yang menunjukkan sokongan kepada Singapura dalam memerangi wabak Covid-19. Acara tahunan, yang dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, diadakan di Theatre di Mediacorp. Ia disiarkan di wadah seperti saluran Mediacorp 5 dan 8 dan laman web rasmi Chingay. Cik Jeanie Tan, ketua jawatankuasa eksekutif Chingay 2021 dan pengarah kumpulan di Persatuan Rakyat (PA), yang merupakan penganjur acara, mengatakan ia berharap dapat menghiburkan penduduk pada masa tidak menentu sekarang dan menggembleng setiap penduduk dalam masyarakat untuk mengharapkan masa depan yang lebih baik.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg