SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Persembahan muzikal cahaya kembali ke Gardens by the Bay

Persembahan muzikal cahaya kembali ke Gardens by the Bay

Jan 6, 2021 | 5:30 AM

Persembahan muzikal cahaya kembali ke Gardens by the Bay

BERMANDI CAHAYA: Pancaran cahaya dari pokok Supertrees akan 'berdansa' semula seiring muzik dengan persembahan penuh Garden Rhapsody di Gardens by the Bay mulai lusa. - Foto GARDENS BY THE BAY
BERMANDI CAHAYA: Pancaran cahaya dari pokok Supertrees akan 'berdansa' semula seiring muzik dengan persembahan penuh Garden Rhapsody di Gardens by the Bay mulai lusa. - Foto GARDENS BY THE BAY -

PERSEMBAHAN muzikal cahaya yang popular di taman Gardens by the Bay akan kembali disajikan mulai Jumaat ini.

Pertunjukan dikenali dengan nama Garden Rhapsody yang menjadikan kawasan perairan bandar Marina bermandi cahaya dengan aneka warna selama 15 minit - dengan pohon-pohon ikonik taman tersebut, Supertree, akan berubah warna selari dengan alunan muzik latar yang dimainkan setiap malam pada 7.45 malam dan 8.45 malam.

Terdapat 10 program pencahayaan dirancang untuk tahun ini dengan muzik berbeza dan koreografi menarik yang menyatukan tata muzik dan cahaya.

Pada Januari ini pelawat akan menikmati lagu Garden Waltz, kompilasi muzik daripada komposer terkenal termasuk Frederic Chopin, Johann Strauss Jr dan Emile Waldteufel.

Menurut Pengarah Kanan Pengaturcaraan dan Acara, Gardens by the Bay, Cik Chua Yen Ling, "runut bunyi yang sangat menggembirakan" ini dipilih untuk pertunjukan pertama demi "membangkitkan semangat".

Duta-duta jarak selamat akan berada di lokasi semasa program penuh dimulakan untuk memastikan pengunjung mematuhi langkah berjaga-jaga seperti menjaga jarak antara satu sama lain dan memakai pelitup muka setiap masa.

Cik Chua menambah: "Garden Rhapsody dipersembahkan percuma untuk orang ramai, dan dengan langkah-langkah keselamatan yang ada, kami berharap para pengunjung tidak hanya akan menikmati pertunjukan itu, bahkan juga akan meningkatkan semangat mereka ketika mereka menikmati keindahan suasana ajaib Supertree yang kami banggakan."

Pertunjukan itu pada tahun lalu telah dihentikan semasa tempoh pemutus litar dan dimulakan semula dalam bentuk berbeza pada September di mana muzik latar dengan pencahayaan lembut dimainkan dari 7 malam hingga 10 malam setiap hari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg