Topik diikuti
Pergi ke BHkuVivian: SG perlu kuasai teknologi baru untuk kekal relevan
1 of 2
Jan 29, 2019 | 5:30 AM
Vivian: SG perlu kuasai teknologi baru untuk kekal relevan
SINGAPURA perlu kekal relevan dalam era baru yang terjejas dengan teknologi dengan menguasai perubahan ini, sebagaimana yang telah ia lakukan sejak dahulu lagi.
Justeru, bagi merebut peluang dalam data besar dan teknologi bijak, Singapura perlu sentiasa terbuka kepada rakan asing, menyokong hubungan antara negara yang berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan berurusan dengan negara lain secara berprinsip dan tidak berpihak, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.