Topik diikuti
Pergi ke BHkuPertuduhan atas seorang tertuduh dikurangkan

Apr 10, 2015 | 5:30 AM
Pertuduhan atas seorang tertuduh dikurangkan
PERTUDUHAN terhadap salah seorang daripada dua lelaki yang dikatakan terlibat dalam penculikan ibu pemilik pasar raya Sheng Siong kini dikurangkan.
Heng Chen Boon, 51 tahun, yang pada awalnya didakwa di bawah Akta Menculik, semalam dituduh bersubahat dengan Lee Sze Yong menculik Cik Ng Lye Poh, ibu Encik Lim Hock Chee, pemilik pasar raya itu.