Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit di 6 poliklinik yang diuji negatif Covid-19 akan diberitahu menerusi SMS

May 4, 2020 | 9:03 PM
SISTEM BARU: Pesakit yang diuji negatif akan menerima kiriman SMS sementara institusi penjagaan kesihatan akan diberi amaran sekiranya ujian mereka positif. FOTO: KELVIN CHNG
SISTEM BARU: Pesakit yang diuji negatif akan menerima kiriman SMS sementara institusi penjagaan kesihatan akan diberi amaran sekiranya ujian mereka positif. FOTO: KELVIN CHNG -

PESAKIT yang mengunjungi enam poliklinik setempat kini boleh dikemas kini menerusi kiriman teks atau SMS bagi keputusan ujian Covid-19 mereka daripada makmal sekiranya ia disahkan negatif.

Baki 12 poliklinik di sini dijangka akan menerapkan langkah serupa ini bagi pesakit mereka menjelang pertengahan Mei ini, lapor The Straits Times (ST).

Notifikasi SMS itu merupakan sebahagian daripada sistem IT yang dilancarkan Pejabat bagi Transformasi Penjagaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOHT) untuk memberitahu pesakit secara automatik dan pantas mengenai keputusan ujian negatif mereka.

Sistem itu, yang dinamakan iConnect.Covid juga akan memberi amaran kepada institusi penjagaan kesihatan setempat secara automatik sekiranya keputusan ujian Covid-19 itu disahkan positif.

Setelah itu, institusi tersebut akan menghubungi pesakit untuk mengaturkan pengangkutan supaya mereka dapat dibawa ke kemudahan penjagaan yang sesuai.

Menurut satu kenyataan bersama MOHT dan Poliklinik Universiti Nasional (NUP) pada Isnin (4 Mei), sistem itu dibangunkan bersama oleh MOHT dan Sistem Informasi Kesihatan Bersepadu.

Enam poliklinik yang sudah menerapkan sistem itu sejak April lalu merupakan poliklinik yang dikendali NUP di Bukit Batok, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pioneer dan Queenstown.

Baki 12 poliklinik setempat yang bakal menawarkan khidmat tersebut pada pertengahan bulan ini merupakan poliklinik dibawah pengendalian Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) dan Poliklinik SingHealth.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg