Topic followed successfully
Go to BHkuPesawat pejuang RSAF dikerah segera sebagai respons 'ancaman udara'
Pesawat pejuang RSAF dikerah segera sebagai respons 'ancaman udara'
Pesawat pejuang RSAF dikerah segera sebagai respons 'ancaman udara'
PESAWAT pejuang dikerahkan segera sebagai respons pada "satu ancaman udara yang berpotensi" berlaku pada pagi Sabtu (13 Februari), kata Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).
"Ada dalam kalangan anda yang mungkin terdengar tentang kami mengerahkan pesawat pejuang pagi tadi. Pesawat pejuang kami dikerahkan segera bagi menangani ancaman udara yang berpotensi berlaku," kata RSAF dalam lampiran pos Facebook.
Ia juga mengucapkan terima kasih kepada kru tentera udara yang sentiasa bersedia mempertahankan negara.
"Tentera udara kami, baik pegawai lelaki atau perempuan, bersedia mempertahankan udara kita 24/7 (24 jam, 7 hari), agar kita dapat meraikan perayaan kita dan menikmati cuti umum dengan orang tersayang.
"Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kru kami yang sentiasa bersedia mempertahankan udara. Tabik hormat!" - The Straits Times

