PIAWAIAN pertama Singapura bagi urus niaga e-dagang telah dihasilkan untuk membantu perniagaan dalam talian meningkatkan proses dan dasarnya.
Piawaian itu meliputi urus niaga e-dagang daripada kegiatan sebelum dan selepas pembelian dan menjadi rujukan praktikal bagi e-peruncit dan perantara dalam talian seperti e-pasar, lapor The Straits Times.
Pelancaran piawaian baru itu - Rujukan Teknikal 76 (TR 76) - akan membantu membina kepercayaan dan ketelusan dalam urus niaga dalam talian, kata Enterprise Singapore (ESG) dan Majlis Piawaian Singapura pada Jumaat (12 Jun).
Ia juga akan menyokong usaha ESG meningkatkan kehadiran dalam talian syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam pasaran e-dagang yang kian berkembang, kata agensi tersebut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg