Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee batal temu penduduk demi memastikan penjarakan sosial selamat

Mar 29, 2020 | 5:29 PM
(tengah, baju merah) Encik Lee Hsien Loong bersama (paling kiri) Dr Koh Poh Koon dan para pemimpin akar umbi pastikan jarak sosial yang selamat dalam pertemuan perbincangan mereka.
(tengah, baju merah) Encik Lee Hsien Loong bersama (paling kiri) Dr Koh Poh Koon dan para pemimpin akar umbi pastikan jarak sosial yang selamat dalam pertemuan perbincangan mereka. - IG PM Lee,gambar diambil Lee Jia Wen

Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah membatalkan satu acara bertemu penduduk dan lawatan ke pasar di kawasan Yio Chu Kang kerana harus mematuhi langkah penjarakan sosial yang selamat.

Sebaliknya, Encik Lee - yang merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio - bertemu dengan rakan AP yang juga Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Dr Koh Poh Koon, serta beberapa pemimpin akar umbi Yio Chu Kang untuk berbincang dalam kumpulan kecil dan memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Menulis di akaun Facebook dan Instagramnya semalam, Encik Lee berkata dengan sempadan kawasan undi yang baru, kawasan undi perwakilan perseorangan (SMC) Teck Ghee akan mengambil alih sebahagian daripada SMC Yio Chu Kang manakala yang lain akan menjadi SMC berasingan.

"Saya pada awalnya merancang berkunjung ke pasar-pasar dan bertemu penduduk, tetapi malangnya terpaksa menangguhkannya untuk mematuhi langkah penjarakan sosial.

"Jadi kami berbincang dalam kumpulan kecil, membincangkan tentang keprihatinan penduduk dan isu lain sementara mengekalkan jarak sejauh satu lengan dari satu sama lain."

Dalam pada itu,Encik Lee turut melahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga lelaki 70 tahun yang meninggal dunia akibat koronavirus.

"Memastikan jarak fizikal yang selamat tidak bermakna pengasingan sosial. Telefon kawan-kawan dan keluarga anda dan terus memberi sokongan kepada satu sama lain dalam tempoh ini," nasihat Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg