SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Lee cuti 5 hari dalam negara

PM Lee cuti 5 hari dalam negara

Jun 7, 2021 | 5:30 AM

PM Lee cuti 5 hari dalam negara

a3163d4e-e76f-42b6-82a7-7b34af8175ef
-

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mula bercuti dalam negara selama lima hari mulai hari ini hingga 11 Jun.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam berkata tiada Pemangku Perdana Menteri akan diantik memandangkan Encik Lee dapat dihubungi sepanjang tempoh tersebut.

Dalam catatan di Facebooknya semalam, Encik Lee mengatakan bahawa beliau akan berehat seketika dan kebanyakan masanya akan berada di rumah.

"Sebahagian besar tinggal di rumah untuk membaca, bereksperimen dengan aplikasi foto dan mencuba penghantaran makanan ke rumah," tulisnya dalam sebuah hantaran yang disertakan dengan gambar yang diambilnya di Taman Semula Jadi Thomson tahun lalu.

Dalam gambar itu seekor monyet dirakam dengan sebahagian badannya tersembunyi di dalam flora taman itu.

Encik Lee menambah bahawa beliau tidak sabar untuk keluar lagi setelah sekatan Covid-19 berakhir.

"Kekal selamat dan sihat semua orang!" tambah Encik Lee dalam catatannya itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg