SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Lee: Diplomat, mantan ketua PA Lee Chiong Giam diingati kerana dedikasi, rendah hati

PM Lee: Diplomat, mantan ketua PA Lee Chiong Giam diingati kerana dedikasi, rendah hati

Mar 12, 2021 | 8:11 PM

PM Lee: Diplomat, mantan ketua PA Lee Chiong Giam diingati kerana dedikasi, rendah hati

Mendiang Lee Chiong Giam meninggal dunia pada Rabu (10 Mac) pada usia 79 tahun, setelah koma dua minggu akibat terjatuh.
Mendiang Lee Chiong Giam meninggal dunia pada Rabu (10 Mac) pada usia 79 tahun, setelah koma dua minggu akibat terjatuh. - Foto Fail ST

DIPLOMAT mapan dan bekas ketua Persatuan Rakyat (PA) mendiang Lee Chiong Giam adalah pemimpin yang tidak kenal lelah, yang telah memimpin banyak inisiatif negara yang memperbaiki kehidupan dan mengeratkan lagi masyarakat Singapura. Dalam surat takziah kepada isteri mendiang, Cik Png Geok Lan, pada Jumaat (12 Mac), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata mendiang adalah daripada generasi penjawat awam pertama yang berkhidmat kepada Singapura dengan cemerlang. Mendiang meninggal dunia pada Rabu (10 Mac) pada usia 79 tahun, setelah koma dua minggu akibat terjatuh. "Beliau memasuki perkhidmatan pada 1967, tidak lama selepas kemerdekaan. Sedang beliau menaiki tangga kerjaya, beliau memegang pelbagai jawatan, termasuk di Kementerian Ehwal Luar (MFA), di mana beliau berusaha untuk meluaskan jejak ekonomi dan diplomatik sebuah negara muda," tulis Encik Lee dalam surat tersebut. Pada 1982, mendiang dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif PA dan memegang jawatan itu selama 17 tahun seterusnya.

"Setelah mengundurkan diri dari PA, Chiong Giam kembali secara rasmi ke Kementerian Ehwal Luar, walaupun beliau tidak pernah meninggalkannya. Bahkan ketika di PA, beliau pada masa sama merupakan Pesuruhjaya Tinggi Tidak Bermastautin (NRHC) ke Papua New Guinea. "Chiong Giam kemudian dilantik NRHC ke Fiji dan Pakistan, dan Duta Tidak Bermastautin ke Timor-Leste. Sebagai Timbalan Setiausaha MFA, Chiong Giam memantau usaha untuk menggalak negara-negara menyambung semula perjalanan dari Singapura selepas SARS pada 2003. "Hari ini, sedang kita pulih dari Covid-19 dan membuka semula sempadan kita, kita mengambil panduan daripada pengalaman itu," kata Encik Lee.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg