Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: India kekal rakan berharga, strategik bagi Singapura

Beliau lahir harapan India timbang sekali lagi untuk sertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang dimeterai bulan lalu
Dec 8, 2020 | 5:30 AM
bfec51c8-8ef8-4f78-81f4-0ede8f039f5c
-

INDIA akan sentiasa kekal sebagai rakan yang berharga dan strategik kepada Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Singapura dan India mempunyai hubungan lama dan kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk kerjasama ekonomi, dengan Encik Lee menyifatkan India sebagai rakan semula jadi Singapura dan dua negara itu mempunyai keakraban dan keselesaan antara satu sama lain.

Malah, negara ini berharap dapat memperdalami kerjasama antara Asean dengan India apabila Singapura memulakan penggalnya sebagai penyelaras hubungan dialog Asean-India tahun depan.

Encik Lee turut melahirkan harapan bagi India mempertimbangkan sekali lagi untuk menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang dimeterai bulan lalu untuk membentuk pakatan perdagangan terbesar di dunia.

"Malah, India berada dalam fikiran semua perunding sepanjang proses RCEP sehingga ke penghujungnya, dan pintu akan sentiasa kekal terbuka bagi India," kata Encik Lee dalam ucapannya di acara pelancaran buku 'India on Our Minds' di Pusat Kebudayaan Universiti semalam.

Bulan lalu, 15 negara Asia Pasifik bersatu untuk membentuk perjanjian perdagangan terbesar dan paling menyeluruh di dunia selepas RCEP dimeterai, dengan perjanjian itu merangkumi 30 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.

Namun, ia dilaporkan bahawa India terus mempunyai keraguan terhadap RCEP dan keraguan itu semakin bertambah ekoran krisis Covid-19.

Encik Lee berkata India sebuah negara utama di peringkat sejagat hari ini dan mempunyai pengaruh besar di persada antarabangsa.

Perbahasan mengenai isu strategik utama, seperti perubahan iklim, pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), dan keselamatan dalam rantau Indo-Pasifik, tidak lengkap tanpa adanya India di meja perbincangan dan memainkan peranan yang membina.

"Istilah Indo-Pasifik, yang menjadi popular sejak beberapa tahun lalu, adalah satu tanda setuju terhadap kepentingan India kepada rantau ini dan hubungannya yang semakin mendalam bersama rakan-rakan seluruh dunia," kata Encik Lee.

Seperti negara lain, Encik Lee berkata India juga sedang menghadapi cabaran disebabkan Covid-19 dan pergolakan ekonomi yang berlaku akibat pandemik itu.

Namun, beliau menambah bahawa masa depan jangka panjang negara itu kekal cerah.

Dasar "Act East" Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, menyatakan hasratnya untuk membuka potensi penuh India menerusi keterbukaan dan integrasi lebih besar dengan rantau ini, kata Encik Lee.

Beliau menambah bahawa pelancaran buku 'India on Our Minds', yang memberikan gambaran dan pandangan tentang sejarah, budaya dan masa depan India menerusi lensa Singapura, merupakan satu peringatan bahawa India akan sentiasa kekal sebagai rakan berharga kepada Singapura.

"Saya tahu sentimen ini juga dibalas rakan India kita. Saya berharap dapat bekerjasama dengan PM Modi dan pemerintahnya untuk memastikan hubungan kita terus maju ke depan, berdaya usaha dan teguh," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg