Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee temui pasukan bertindak tangani Covid-19 dalam talian, puji kerja keras mereka

Jun 12, 2020 | 10:52 PM
Mereka menggunakan kemudahan teknologi tinggi serta "sentuhan peribadi" sendiri dan telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menangani isu dormitori, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada 12 Jun 2020. - FOTO: MCI
Mereka menggunakan kemudahan teknologi tinggi serta "sentuhan peribadi" sendiri dan telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menangani isu dormitori, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada 12 Jun 2020. - FOTO: MCI -

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menemui beberapa pasukan yang bertugas di bawah Pasukan Bertindak Silang Agensi menerusi dalam talian pada Khamis (12 Jun).

Dalam kirimannya di Facebook, beliau berkata kumpulan-kumpulan itu amat sibuk dalam beberapa bulan ini sedang mereka berusaha untuk membantu pekerja asing di asrama sewaktu pandemik Covid-19 ini.

"Kami telah berbincang tentang kerja mereka sehingga kini, apa yang bakal dihadapi nanti, dan sekiranya kami boleh mengubahsuai dan memperluaskan lagi pendekatan ini.

"Kami telah pun menempuh perjalanan yang panjang, pekerja asing kini sudah mula kembali bekerja lagi," tambahnya. Menyusuli itu, Encik Lee berkata, usaha membantu pekerja asing perlukan usaha berbilang hala, dengan beberapa kumpulan serta agensi berganding bahu.

Mereka turut menggunakan kemudahan teknologi tinggi serta "sentuhan peribadi" sendiri dan telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menangani isu tersebut, tekan beliau.

"Ia akan mengambil lagi beberapa bulan untuk menyelesaikan isu dormitori ini," kata Encik Lee lagi.

"Kami telah memastikan keadaan tetap terkawal dan akan secara progresif mengembalikan semula keadaan seperti biasa," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pasukan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg