Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Polis tidak adakan sekatan jalan raya raya bagi jarak selamat dipertingkat

Apr 13, 2020 | 9:38 PM
MAKLUMAT PALSU: Polis berkata bahawa sejauh ini, tidak ada penumpang yang didenda berkaitan ketidakpatuhan langkah pemutus litar ketika polis menjalankan sekatan jalan. - FOTO: LIANHE WANBAO
MAKLUMAT PALSU: Polis berkata bahawa sejauh ini, tidak ada penumpang yang didenda berkaitan ketidakpatuhan langkah pemutus litar ketika polis menjalankan sekatan jalan. - FOTO: LIANHE WANBAO -

KIRIMAN teks mengenai orang awam didenda semasa melalui sekatan jalan kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat adalah palsu, kata polis dalam satu kenyataan pada Isnin (13 April).

Merujuk kepada kenyataan yang disebarkan melalui khidmat kiriman teks dan Whatsapp baru-baru ini, Pasukan Polis Singapura (SPF) menjelaskan ia belum melaksanakan sebarang sekatan jalan bagi penguatkuasaan langkah jarak selamat yang diperluas sejak perintah pemutus litar bermula 7 April lalu hingga 4 Mei nanti.

Sejauh ini, tidak ada penumpang yang didenda berkaitan ketidakpatuhan langkah itu ketika polis menjalankan sekatan jalan, tambah polis.

"Polis melaksanakan sekatan jalan untuk mengenal pasti kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan langkah penguatkuasaan lain seperti mengenal pasti individu yang dikehendaki polis," kata SPF dalam kenyataan itu.

Namun, SPF berkata, jika para penumpang atau pemandu didapati telah melanggar peraturan jarak selamat yang diperluas itu ketika polis menjalankan sekatan jalan, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan terhadap individu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg