Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat kiriman Facebook "menyakitkan hati orang Islam, Kristian"

Mar 20, 2020 | 6:13 PM
Kiriman Facebook itu menyarankan kitab Injil dan Al-Quran digunakan sebagai alternatif sekiranya terdapat kekurangan kertas tandas.
Kiriman Facebook itu menyarankan kitab Injil dan Al-Quran digunakan sebagai alternatif sekiranya terdapat kekurangan kertas tandas. - Tangkap layar dari Facebook

POLIS sedang menyaisat satu kiriman Facebook yang menyarankan agar kitab Injil dan Al-Quran digunakan sebagai alternatif sekiranya terdapat kekurangan kertas tandas. Facebook, atas permintaan polis dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), telah menghalang akses ke kiriman yang dibuat oleh laman Facebook "NUS Atheist Society" itu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dalam satu kiriman di Facebook pada Jumaat (20 Mac). "Kami memandang serius kenyataan seperti ini. (Ia) menyakitkan hati orang Islam, Kristian," tulis Encik Shanmugam. Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata kiriman itu telah menerima banyak aduan. "(Polis) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mengambil bahagian dalam perbincangan dalam talian, dan tidak mengirim kata-kata yang boleh menjejas pertahanan keharmonian kaum dan agama di Singapura. "Ucapan kebencian dalam talian mengenai kaum dan agama tidak mempunyai tempat di Singapura," kata MHA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg