Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat sepanduk dibentang di Gardens by the Bay

Apr 16, 2024 | 8:19 PM
Tiga penunjuk perasaan boleh dilihat dalam klip video di belakang sepanduk yang dibentangkan di jambatan OCBC Skyway pada 15 April.
Tiga penunjuk perasaan boleh dilihat dalam klip video di belakang sepanduk yang dibentangkan di jambatan OCBC Skyway pada 15 April. - Foto INSTAGRAM/SINGAPOREANS FOR PALESTINE

Polis sedang menyiasat insiden di mana sepanduk dibentang di Gardens by the Bay yang menyeru agar perdagangan senjata Singapura dengan Israel dihentikan.

Dalam klip video tunjuk perasaan yang tular di beberapa akaun Instagram itu, beberapa orang boleh dilihat berdiri di jambatan OCBC Skyway dengan sepanduk bertulis: “Tamatkan perdagangan senjata SG-Israel”, digantung pada jambatan itu.

Orang dewasa Singapura perlu membayar $10 untuk memasuki OCBC Skyway, manakala tiket untuk warga asing berharga $14.

Insiden itu dipercayai berlaku pada petang 15 April.

Identiti dan kewarganegaraan mereka yang terlibat tidak diketahui.

Sebagai respons kepada pertanyaan, polis berkata laporan telah dibuat, manakala jurucakap Gardens by the Bay berkata ia sedar akan kejadian itu dan laporan polis telah difailkan.

Bagaimanapun, jurucakap itu menambah bahawa beliau tidak dapat mengulas kerana polis sedang menjalankan siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg