SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Prasarana Connect@Changi dibuka buat pengunjung niaga bertemu tanpa dikuarantin

Prasarana Connect@Changi dibuka buat pengunjung niaga bertemu tanpa dikuarantin

Feb 18, 2021 | 6:30 PM

Prasarana Connect@Changi dibuka buat pengunjung niaga bertemu tanpa dikuarantin

70740961-3d95-4a5e-a1fa-96b27ba774dc
-

PELAWAT perniagaan jangka pendek dari semua negara kini boleh mengadakan pertemuan fizikal tanpa dikuarantin di prasarana khas di Ekspo Singapura.

Fasa pertama pembukaan Connect@Changi dilancarkan Khamis (18 Feb) dengan 150 bilik, sedang usaha membuka semula peluang mengadakan mesyuarat perniagaan antarabangsa di Singapura diteruskan dalam keadaan pandemik Covid-19.

Ia merupakan satu-satunya prasarana serupa itu di seluruh dunia, lengkap dengan 40 bilik mesyuarat pelbagai saiz. Bilik mesyuarat paling kecil boleh menampung hingga empat orang sementara bilik terbesar boleh memuatkan hingga 22 orang.

Apabila ia dibuka sepenuhnya akhir tahun ini, ia boleh menampung hingga 1,300 pelawat perniagaan pada satu-satu masa.

Pembukaan prasarana itu menandakan permulaan skim Connect@Singapore yang akan membuka sempadan Singapura kepada pelawat rasmi serta mereka yang mempunyai nilai ekonomi tinggi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg