Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prasekolah tingkat persiapan buka semula pusat mulai 2 Jun

May 29, 2020 | 7:59 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee mengunjungi prasekolah My First Skool @ Blok 491 Admiralty Link pada pagi Jumaat (29 Mei). - Foto FACEBOOK DESMOND LEE
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee mengunjungi prasekolah My First Skool @ Blok 491 Admiralty Link pada pagi Jumaat (29 Mei). - Foto FACEBOOK DESMOND LEE -

DARIPADA menyediakan alat sumber kembali ke sekolah hingga menandakan tempat duduk yang ditetapkan untuk kanak-kanak, pusat prasekolah bersiap sedia untuk menyambut pelajar mereka mulai 2 Jun.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee mengunjungi prasekolah My First Skool @ Blok 491 Admiralty Link pada pagi Jumaat (29 Mei) untuk memerhati langkah "Covid-safe ABC" mengenai akses, tingkah laku dan pengurusan bilik darjah yang ditetapkan.

Contoh langkah-langkah tersebut termasuk mengehadkan kemasukan individu yang mungkin menimbulkan risiko penularan yang lebih tinggi, mengecilkan bilangan pelajar dalam kegiatan berkumpulan kelas dan menggunakan kawasan dan kemudahan umum pada waktu berbeza bagi setiap kelas.

Encik Lee dalam pos yang dimuat naik di Facebook menambah kakitangan di pusat My First Skool itu menggunakan pelekat dalam bilik darjah untuk menandakan kerusi tertentu bagi kanak-kanak dan ruang jarak selamat dalam tandas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg