Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Premier tawar kadar sewa teksi terendah setelah potongan pada rebat

Jun 2, 2020 | 5:55 PM
Syarikat Premier menawarkan harga sewa terendah iaitu $21.40. - Foto fail
Syarikat Premier menawarkan harga sewa terendah iaitu $21.40. - Foto fail -

SEMUA pengendali teksi telah mengikut jejak langkah ComfortDelGro dalam mengurangkan rebat sewa, meskipun kadar sewa berbeza bagi setiap syarikat.

ComfortDelGro yang memiliki 59 peratus dari 180,000 teksi di sini berkata, ia akan mengenakan 50 peratus sewa biasa bermula hari ini (2 Jun).

Ini bermakna pemandu perlu membayar $58.60 bagi kereta jenis Toyota Prius yang berusia tiga tahun.

Syarikat Premier, menawarkan harga terendah iaitu $21.40, lapor The Straits Times.

Syarikat tersebut berkata ia dapat menawarkan kadar rendah kerana ia telah "membantu pemandu berjimat" dan bukannya memberi mereka pengecualian sewa bulan lalu.

Trans-Cab mengenakan hampir $40, SMRT $69, dan Prime mengenakan kadar sewa $38.80.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg