SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Premium COE terus naik, ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Premium COE terus naik, ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Apr 21, 2021 | 9:32 PM

Premium COE terus naik, ditutup lebih tinggi bagi semua kategori kecuali motosikal

Foto FAIL
Foto FAIL -

PREMIUM bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) terus meningkat malah menutup tender terakhir pada Rabu (21 April) pada paras lebih tinggi daripada harga dua minggu lalu.

Harga COE bagi kereta hingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp tutup pada $49,640, satu peningkatan daripada harga $45,600 sebelum ini. Harga COE bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp ditutup pada $61,190, peningkatan daripada $52,309.

Premium bagi COE Terbuka yang boleh digunakan bagi apa jua jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kerapkali digunakan bagi kereta lebih besar ditutup pada $62,100, satu peningkatan daripada $52,200.

Harga COE bagi kenderaan komersial termasuk kenderaan muatan dan bas pula bertambah daripada $36,134 kepada $44,001.

Hanya premium motosikal sahaja ditutup tanpa sebarang perubahan harga - $8,000 yang disifatkan sebagai tinggi dalam sejarah penetapan harga COE di sini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg