Topic followed successfully
Go to BHkuPresiden Halimah berbincang dengan penerima Biasiswa Presiden
Presiden Halimah berbincang dengan penerima Biasiswa Presiden
Presiden Halimah berbincang dengan penerima Biasiswa Presiden
PRESIDEN Halimah Yacob bertemu dengan sekumpulan individu yang pernah menerima Biasiswa Presiden dahulu sebagai sebahagian usaha berterusannya untuk mendekati golongan itu di Istana semalam.
Menulis di Facebook semalam, Puan Halimah berkongsi bahawa mereka telah berbincang tentang cara Singapura menangani pandemik Covid-19 dan juga vaksin.
Mereka turut berbincang tentang masa depan negara ini, seperti dari segi ekonomi dan masyarakat, selepas Covid-19, dan usaha yang harus dilakukan sekarang demi memastikan negara ini berada di laluan yang terbaik bagi masa depan bersama.
"Saya gembira melihat semangat mereka dalam ingin membantu rakyat Singapura, dan menggalak mereka untuk terus mendekati segenap lapisan rakyat Singapura supaya mereka terus peka dengan isu dalam masyarakat dan mencetuskan perubahan positif menerusi peranan masing-masing dalam perkhidmatan awam," kata beliau.

