SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Presiden Halimah garis manfaat dapatkan vaksin

Presiden Halimah garis manfaat dapatkan vaksin

Jan 28, 2021 | 5:30 AM

Presiden Halimah garis manfaat dapatkan vaksin

MANFAAT VAKSIN: Presiden Halimah Yacob sempat meluangkan masa untuk bermesra dengan beberapa warga emas di hab vaksinasi di Poliklinik Outram. Beliau turut menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam. - Foto BH oleh ONG WEE JIN
MANFAAT VAKSIN: Presiden Halimah Yacob sempat meluangkan masa untuk bermesra dengan beberapa warga emas di hab vaksinasi di Poliklinik Outram. Beliau turut menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -

PRESIDEN Halimah Yacob semalam berkata warga emas setempat akan diutamakan untuk diberikan vaksin kerana mereka adalah golongan paling terdedah kepada penyakit dan komplikasi jika dijangkiti Covid-19.

Puan Halimah juga menekankan bahawa hanya vaksin yang memenuhi piawaian ketat keselamatan, mutu dan keberkesanan akan digunakan untuk penduduk Singapura.

Beliau berkata demikian selepas menerima suntikan vaksin di Poliklinik Outram, petang semalam.

Poliklinik itu adalah antara lokasi yang menjalankan vaksinasi untuk warga emas, bermula semalam.

Puan Halimah menjelaskan bahawa lebih banyak pusat vaksinasi akan ditubuhkan dalam beberapa minggu mendatang bagi memastikan semua warga emas akan menerima vaksinasi mereka di sebuah pusat berdekatan dengan rumah mereka.

Vaksin akan dilanjutkan secara progresif kepada warga emas di negara ini, bermula pertengahan bulan depan.

Apabila ia ditawarkan kepada semua warga emas, mereka akan menerima surat yang mengundang mereka untuk membuat janji temu untuk vaksinasi mereka, kata Puan Halimah.

Sementara itu, Puan Halimah berkata bahawa hanya vaksin yang memenuhi piawaian ketat keselamatan, mutu dan keberkesanan akan digunakan untuk penduduk setempat.

Vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 telah menerima kelulusan daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA), di bawah Laluan Akses Khas Pandemik.

Jawatankuasa pakar juga telah meneliti semula dan menyokong penggunaannya di Singapura bagi individu berusia 16 tahun ke atas.

Bagi warga emas Melayu/Islam pula, Puan Halimah berkata pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menetapkan bahawa vaksin itu boleh diterima masyarakat Islam.

Menurutnya, pemerintah merancang agar semua warga dan penduduk jangka panjang Singapura akan terima vaksin di akhir 2021, jika tiada gangguan terhadap kiriman vaksin.

"Tahap perlindungan vaksin yang tinggi akan memaksima perlindungan untuk penduduk dan mengurangkan jumlah orang yang masih terdedah kepada Covid-19," ujarnya.

Ini kemudian akan mengurangkan risiko penularan besar dan terus memastikan kes koronavirus dalam masyarakat kekal rendah serta membolehkan kita membuka semula ekonomi serta menyambung semula lebih banyak kegiatan sosial, jelas Puan Halimah.

PERMULAAN PEMVAKSINAN BAGI WARGA EMAS

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg