Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: SG perlu faham kesan Covid-19 demi Belanjawan

Dec 1, 2020 | 5:30 AM
bb5f0701-aac4-4a14-977f-7d246eae1211
-

SINGAPURA perlu memahami dengan baik kesan Covid-19 terhadap pelaburan negara sedang ia membuat persiapan bagi Belanjawan tahun depan, kata Presiden Halimah Yacob.

Beliau berkata Covid-19 mengubah landskap pelaburan, dan kesannya terhadap sekitaran makroekonomi dan pulangan pelaburan jangka panjang Singapura perlu difahami.

"Kita perlu pemahaman baik mengenai isu-isu ini kerana kita menggunakan rizab untuk berbelanja berdasarkan andaian ini," kata Puan Halimah, sambil menambah beliau senang hati pemerintah berfikir secara mendalam mengenai isu-isu ini, menjelang Belanjawan yang dijangka dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.

Beliau berkata demikian semasa berkongsi di Facebook tentang pertemuannya bersama Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan pegawai daripada Kementerian Kewangan (MOF), Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek semalam.

Menurut Puan Halimah, beliau dan Majlis Penasihat Presiden (CPA) diberitahu tentang ramalan makroekonomi jangka panjang dan usul pemerintah bagi Jangkaan Kadar Sebenar Pulangan Jangka Panjang (Eltrror).

"Entiti pelaburan sebelum itu telah berbincang mengenai anggaran pulangan bersama lembaga masing-masing dan MOF telah meneliti usul itu.

"Dengan persetujuan saya, pemerintah lantas boleh menggunakan kadar ini bagi aset sesuai, untuk mendapatkan Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) yang boleh digunakan bagi Belanjawan 2021," kata Puan Halimah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg