PRESIDEN Halimah Yacob telah menulis surat untuk mengucapkan tahniah kepada Ratu Britain Elizabeth II, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-96, semalam.

Dalam suratnya, Presiden Halimah menulis: "Bagi pihak rakyat Singapura, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas sambutan ulang tahun Tuanku yang ke-96.

"Tahun ini amat bermakna, kerana Tuanku meraikan Jubli Platinum selepas 70 tahun berkhidmat. Bakti Tuanku sepanjang hayat dan teguh kepada negara dan rakyat Tuanku sepanjang tahun telah menjadi inspirasi kepada negara-negara di seluruh dunia, termasuk Singapura."

Presiden Halimah juga berkata beliau berbesar hati kerana Singapura dan Britain terus mengukuhkan persahabatan yang yang telah lama terjalin, seperti melalui Program Inovasi Bersama Dua Hala Singapura-UK yang dilancarkan pada Disember 2021 dan Perjanjian Ekonomi Digital yang ditandatangani pada Februari 2022.

"Saya yakin perkongsian antara kedua-dua negara kita akan terus berkembang, sedang dunia memulakan pemulihan yang mampan daripada pandemik Covid-19.

"Saya berharap Tuanku terus sihat dan bahagia," tulis Presiden Halimah.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti