Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden PAS terangkan sebab hukum hudud belum dapat dilaksana di Kelantan
Apr 29, 2015 | 5:30 AM
Presiden PAS terangkan sebab hukum hudud belum dapat dilaksana di Kelantan
PARTI Islam SeMalaysia (PAS) masih menghadapi satu halangan akhir dalam usahanya melaksanakan hukum hudud di Kelantan, negeri timur laut Malaysia yang dikuasainya secara majoriti.
Halangan besar terakhir dan mencabar itu ialah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semasa menyampaikan ceramahnya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) semalam.