SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Prihatin penggunaan dana awam bagi atasi kesan pandemik: Lawrence

Prihatin penggunaan dana awam bagi atasi kesan pandemik: Lawrence

Feb 27, 2021 | 5:30 AM

Prihatin penggunaan dana awam bagi atasi kesan pandemik: Lawrence

AGENSI pemerintah prihatin apabila menggunakan dana awam dalam memberi respons bagi Covid-19, termasuk mempertimbangkan kemungkinan berlakunya penipuan dan benefisiari yang tidak dijangka.

Ia juga mengawasi dan melindungi semua aspek sokongan ini, termasuk di peringkat awal pengagihan dan selepas dana diagihkan, kata Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong.

Beliau berkata demikian semalam semasa memberi respons kepada pertanyaan Cik Foo Mee Har (West Coast) mengenai penggunaan dana awam semasa memberi respons kepada Covid-19.

Encik Wong memberikan contoh Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang bertujuan melindungi pekerjaan warga setempat dengan menampung sebahagian gaji mereka.

Menurut Encik Wong, skim itu amat membantu bagi perniagaan, terutama syarikat kecil dan sederhana (SME) dengan lebih sokongan diberikan kepada sektor yang lebih teruk terjejas.

"JSS dilaksanakan sebagai skim meluas, yang tidak memerlukan pendaftaran yang rumit," kata Encik Wong.

"Apabila keadaan ekonomi bertambah baik, berdasarkan data sektor dan kelakonan syarikat, kami mengurangkan langkah sokongan meluas ini dan beralih ke cara sokongan yang lebih khusus mengikut sektor," kata beliau.

Cara ini, menurutnya, wajar kerana pandemik menjejas setiap sektor secara berbeza-beza.

Pendekatan ini terus diperhalusi dalam Belanjawan 2021, apabila JSS dilanjutkan bagi tempoh berbeza-beza mengikut sektor, kata Encik Wong.

Sektor Tahap Satu seperti penerbangan dan pelancongan dilanjutkan bagi enam bulan.

Sektor Tahap Dua seperti pengangkutan darat dan runcit pula dilanjutkan lagi tiga bulan.

Langkah khusus seperti Baucar Teroka Singapura - yang bertujuan merancakkan pelancongan domestik - serta pakej khas bagi sektor kesenian dan budaya, serta penerbangan juga dilancarkan, kata Encik Wong.

"Pendekatan bertingkat ini telah membolehkan kita memberikan bantuan khusus kepada peniaga dan pekerja mereka.

"Kita akan terus mengawasi hasil dan keberkesanan skim-skim berhubung Covid-19," tambahnya.

Pemerintah telah memperuntuk lebih $25 bilion bagi JSS dan skim itu menyokong lebih 150,000 majikan bagi tempoh sehingga 17 bulan.

Data awal dari Kementerian Kewangan (MOF) menunjukkan JSS telah mengurangkan kehilangan kerja di firma yang lebih terjejas, sementara skim pinjaman menyokong 20,000 firma mendapatkan pinjaman bernilai $17.4 bilion dari Mac hingga Disember 2020.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg