Topic followed successfully
Go to BHkuProgram bantu warga emas manfaat khidmat digital semasa Ramadan
Program bantu warga emas manfaat khidmat digital semasa Ramadan
Program Transformasi Digital bagi Warga Emas bertujuan ajar guna pelbagai aplikasi telefon bimbit, tempah ruang solat di masjid
Program bantu warga emas manfaat khidmat digital semasa Ramadan
WARGA emas akan diberikan bantuan untuk membiasakan diri mereka membuat tempahan bagi tempat solat di masjid menerusi dalam talian dan menggunakan khidmat digital lain semasa Ramadan ini.
Satu program Transformasi Digital bagi Warga Emas akan diperkenalkan untuk membolehkan warga emas belajar menggunakan pelbagai aplikasi telefon bimbit, membuat tempahan bagi tempat solat di masjid dan khidmat digital lain.
Inisiatif itu adalah hasil kerjasama Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) dengan masjid-masjid di sini.
Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, berkata pihaknya ada mendengar kisah, sama ada melalui pengalaman peribadi atau maklum balas dari masjid, tentang sesetengah warga emas yang mendapatinya sukar membuat tempahan bagi tempat solat kerana mereka tidak biasa dengan sistem tempahan digital itu atau mendapatinya mencabar mengemudi wadah tersebut.
"Inisiatif ini akan membantu melengkapi mereka dengan kemahiran digital bagi tempahan tempat solat di masjid, namun kami juga akan melanjutkan kecelikan digital ini kepada topik seperti penipuan dalam talian dan sebagainya.
"Kami berharap menerusi program ini, warga emas akan lebih terbiasa menggunakan platform tempahan masjid ini," kata beliau.
Semalam, Kempen Sentuhan Ramadan 2021 dilancarkan di Masjid Kampung Siglap dan turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Cogan kata bagi kempen itu tahun ini ialah Bersama Meraih Keberkatan Ramadan.
Sementara itu, masyarakat Islam Singapura boleh terus menikmati kandungan agama sepanjang Ramadan ini menerusi dalam talian, termasuk saluran SalamSG TV dan platform media sosial masjid lain.
Lebih banyak program dan ceramah masjid akan disediakan menerusi platform dalam talian, kata Muis.
Orang ramai juga digalak terus membayar zakat dan menderma melalui dalam talian, dengan zakat boleh dibayar di laman Zakat.sg dan sumbangan derma boleh dibuat di OurMasjid.SG untuk menyokong kos operasi masjid.
Keluarga berpendapatan rendah yang merupakan penerima zakat juga akan terus dibantu semasa Ramadan ini, dan bantuan zakat akan terus disediakan oleh 31 Masjid Pembangunan Sosial serata negara.
Pegawai pembangunan sosial dan rangkaian pendamping masjid akan terus mendekati keluarga yang menerima bantuan kewangan zakat jangka panjang.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti akan menyediakan buku panduan untuk memberikan jawapan bagi pertanyaan dan bimbingan berkaitan Covid-19, vaksinasi dan ujian swab semasa Ramadan.
Muis dalam satu infografik yang dimuat naik di Facebook mereka baru-baru ini telah menjelaskan bahawa perbuatan mendapatkan suntikan vaksin dan melakukan ujian swab tidak membatalkan puasa seseorang, dan masyarakat digalak mengambil vaksin apabila diberi peluang.
"Inisiatif ini akan membantu melengkapi mereka dengan kemahiran digital bagi tempahan tempat solat di masjid, namun kami juga akan melanjutkan kecelikan digital ini kepada topik seperti penipuan dalam talian dan sebagainya. Kami berharap menerusi program ini, warga emas akan lebih terbiasa menggunakan platform tempahan masjid ini." - Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood.

