SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Program celik kewangan, perniagaan dari rumah disediakan di M³@Toa Payoh

Program celik kewangan, perniagaan dari rumah disediakan di M³@Toa Payoh

Apr 25, 2021 | 8:19 PM

Program celik kewangan, perniagaan dari rumah disediakan di M³@Toa Payoh

SIAP TAWAR BANTUAN: (Dari kanan:) Encik Saktiandi Supaat, Dr Ng Eng Hen, Encik Chee Hong Tat, Encik Chong Kee Hiong, dan Encik Mohamed Fauzan Haji Siraj, yang memimpin M3@Toa Payoh, di pelancaran M³@Bandar ke-11 itu semalam. -
SIAP TAWAR BANTUAN: (Dari kanan:) Encik Saktiandi Supaat, Dr Ng Eng Hen, Encik Chee Hong Tat, Encik Chong Kee Hiong, dan Encik Mohamed Fauzan Haji Siraj, yang memimpin M3@Toa Payoh, di pelancaran M³@Bandar ke-11 itu semalam. - - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG

PENDUDUK Toa Payoh kini boleh menyertai program celik kewangan dan bengkel mengenai perniagaan dari rumah (HBB) menerusi bandar rangkaian M Kuasa Tiga (M³@Bandar) baru di estet itu, yang dilancarkan Ahad (25 April).

M³@Toa Payoh adalah M³@Bandar ke-11, yang bertujuan menggembleng tenaga individu dan masyarakat untuk menyampaikan khidmat lebih baik kepada golongan memerlukan di kawasan kejiranan.

Program-program itu akan dilancar selepas Ramadan ini

Bagi menyokongi usaha tersebut, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, melantik 10 'Ejen Kejayaan' bagi mendekati penduduk menerusi program-program itu.

"Kami berpendapat amat baik jika keluarga Melayu/Islam dapat menyediakan diri buat masa depan dengan mempertingkat daya bingkas dan literasi kewangan serta perniagaan dari rumah agar mereka dapat menyesuaikan diri (dalam mengharungi keadaan semasa) dan mencapai kestabilan ekonomi," kata beliau semasa pelancaran di Kelab Masyarakat Toa Payoh East itu.

Menurutnya, Ejen Kejayaan datang daripada pelbagai lapangan kerjaya dan latar kehidupan, antaranya kakitangan awam, guru, pensyarah serta anggota pasukan berseragam.

"Mereka individu komited dan cekap yang rela menyumbang masa dan bakat untuk berbakti kepada masyarakat dan menaikkan taraf kehidupan penduduk," ujar beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg