SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Program perubahan bagi jadikan pusat penjaja lebih bersih, produktif dan mampan

Program perubahan bagi jadikan pusat penjaja lebih bersih, produktif dan mampan

Mar 5, 2021 | 5:30 AM

Program perubahan bagi jadikan pusat penjaja lebih bersih, produktif dan mampan

DIBUKA HUJUNG TAHUN INI: Lakaran artis Pusat Penjaja Bukit Canberra, yang akan dibuka pada suku keempat tahun ini bersama Pusat Penjaja dan Pasar Fernvale. - Foto fail HAB SUKN DAN MASYARAKAT SEMBAWANG.
DIBUKA HUJUNG TAHUN INI: Lakaran artis Pusat Penjaja Bukit Canberra, yang akan dibuka pada suku keempat tahun ini bersama Pusat Penjaja dan Pasar Fernvale. - Foto fail HAB SUKN DAN MASYARAKAT SEMBAWANG. -

AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan membangunkan Program Perubahan Pusat Penjaja (HTP) bagi menjadikan pusat penjaja lebih bersih, produktif dan mampan.

Inisiatif itu akan diterapkan di pusat penjaja baru serta pusat penjaja yang akan menjalani pembangunan semula, sebagai sebahagian usaha pemerintah melindungi budaya penjaja dan mengubah industri itu.

Ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, di perbahasan belanjawan NEA di Parlimen semalam.

Beliau berkata NEA telah menerima usul peserta SG HawkerFest berkenaan infrastruktur dan ciri yang mereka harap dapat dilihat di pusat penjaja masa depan.

"Berdasarkan cadangan yang dikumpul kami akan membangunkan HTP dalam beberapa tahun akan datang bersama pihak berkepentingan kami.

"HTP akan menerapkan pelajaran daripada Covid-19, dan mengekalkan budaya penjaja kita," kata Dr Khor.

Beliau berkata program tersebut akan memberi tumpuan pada sekitaran bersih, selamat dan kondusif di pusat penjaja untuk pelanggan, penjaja dan pekerja pembersihan.

Di bawah program itu, NEA juga akan meningkatkan penggunaan teknologi dalam menyokong usaha digitalisasi.

Sebagai contoh, pihak berkuasa akan menggunakan sensor untuk memantau jumlah pelanggan di pusat penjaja dan memudahkan penyenggaraan, kata Dr Khor.

Sebagai sebahagian usaha NEA memperkenal kemampanan kepada masyarakat di bawah inisiatif GreenGov.SG, beberapa pusat penjaja baru, seperti Pusat Penjaja Senja, akan mempunyai ciri seperti pencernaan sisa makanan, tadahan air dan panel solar.

"Kami berharap dapat belajar daripada pusat 'ujian' ini dan terus memperbaiki HTP," ujar Dr Khor.

NEA juga akan menguji Skim Peralihan Penjaja, yang diumumkan tahun lalu, pada suku kedua tahun ini dan membentuk panel penasihat bebas bagi membantu mengenal pasti dan memadankan penjaja veteran dengan pengganti sesuai.

Mengongsi perkembangan tentang pembinaan pusat penjaja baru, Dr Khor berkata pembinaannya kini berjalan lancar, selepas terjejas dek Covid-19.

Pusat Penjaja Bukit Canberra dan Pusat Penjaja dan Pasar Fernvale bakal dibuka pada suku keempat tahun ini, manakala Pusat Penjaja Senja awal tahun depan.

Perusahaan bertanggungjawab sosial akan dilantik menguruskan semua pusat penjaja baru itu, bagi membantu penjaja kekal berdaya saing dalam sekitaran sektor makanan dan minuman kian mencabar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg