Topik diikuti
Pergi ke BHkuProjek Kampong Bugis bakal mesra pejalan kaki, lebih hijau dan terbuka

KALLANG WATERFRONT: Lakaran artis bagi Kallang Riverside Park yang akan diberi nafas baru. Kawasan tepian air ini berdekatan dengan Kampong Bugis, yang akan dirancang bagi perumahan privet, tetapi taman itu akan dibuka kepada semua. - Foto URA
Oct 17, 2017 | 5:30 AM
Projek Kampong Bugis bakal mesra pejalan kaki, lebih hijau dan terbuka
SEBUAH pembangunan perumahan privet akan datang berhampiran Sungai Kallang dirancang akan mempunyai satu tempat letak kereta bagi setiap dua unit kediaman.
Kampong Bugis, kawasan 17 hektar yang bakal dilancarkan dalam masa satu hingga dua tahun, adalah salah satu daripada tiga kawasan baru yang bertujuan mengurangkan penggunaan kereta, lebih hijau dan terbuka, serta mempunyai ruang masyarakat seperti taman dan halaman awam.