Topik diikuti
Pergi ke BHkuPusat penjaja baru Marsiling siap tahun depan
Kemudahan merangkumi kedai, pasar raya di bawah satu bumbung di W'lands Street 12

PROJEK SUNTIK NAFAS BARU: Cik Halimah bersama arkitek Encik Steven Chen memantau rancangan bagi projek pembangunan bersepadu yang merangkumi sebuah pusat penjaja, kedai dan pasar raya di Marsiling. - Foto ZAINAL YAHYA
Feb 22, 2016 | 5:30 AM
Pusat penjaja baru Marsiling siap tahun depan
PENDUDUK Marsiling akan mempunyai kemudahan baru merangkumi sebuah pusat penjaja, pasar raya dan kedai-kedai di bawah satu bumbung di Woodlands Street 12 yang akan siap menjelang pertengahan pertama tahun depan.
Pembangunan bersepadu itu menggantikan pusat penjaja di Pusat Bandar Woodlands yang akan ditutup Jun tahun depan, kata Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob, yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.