SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rahayu ketuai panel tingkat kesihatan kumpulan etnik minoriti, bermula dengan Melayu

Rahayu ketuai panel tingkat kesihatan kumpulan etnik minoriti, bermula dengan Melayu

Mar 5, 2021 | 8:05 PM

Rahayu ketuai panel tingkat kesihatan kumpulan etnik minoriti, bermula dengan Melayu

Kumpulan yang dibentuk bulan lalu itu akan merancang "program yang berkaitan dengan budaya dan membantu mengumpulkan masyarakat untuk meninggalkan tabiat kesihatan yang buruk".
Kumpulan yang dibentuk bulan lalu itu akan merancang "program yang berkaitan dengan budaya dan membantu mengumpulkan masyarakat untuk meninggalkan tabiat kesihatan yang buruk". - LIM YAOHUI

SATU pasukan baru telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan kesihatan kumpulan etnik minoriti di sini, bermula dengan masyarakat Melayu. Kementerian Kesihatan pada Jumaat (5 Mac) berkata kumpulan itu, yang dibentuk bulan lalu, akan merancang "program yang berkaitan dengan budaya dan membantu mengumpulkan masyarakat untuk meninggalkan tabiat kesihatan yang buruk". Kumpulan kerja itu akan disokong oleh pertubuhan seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam. Ia akan diketuai oleh Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Cik Mariam Jaafar. Bercakap semasa perbahasan belanjawan kementeriannya pada Jumaat, Cik Rahayu berkata terdapat "perbezaan ketara dalam kelakuan dan hasil kesihatan di antara etnik". Beliau berkata pada 2020, 14.4 peratus orang Melayu dan 14.2 peratus orang India mengalami kencing manis, berbanding dengan 8.2 peratus orang Cina. Di samping itu, 37.5 peratus orang Melayu dan 36.1 peratus orang Cina mempunyai tekanan darah tinggi, berbanding dengan 29.5 peratus orang India.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg