Topik diikuti
Pergi ke BHkuRancang tawar menu majlis kahwin lebih sihat

BUAH JADI PILIHAN: Seorang pekerja Chilli Api Catering sedang menyiapkan sajian buah. Jika pelanggan memilih empat hingga lapan pencuci mulut, syarikat itu memastikan salah satu daripadanya ialah buah-buahan. - Foto ZALEHA ABDUL KADER
Oct 29, 2017 | 5:30 AM
Rancang tawar menu majlis kahwin lebih sihat
NASI perang dan lauk rendang menggunakan susu rendah lemak mungkin menjadi antara menu majlis perkahwinan orang Melayu tidak lama lagi, jika rancangan sebuah syarikat katering terlaksana.
Sejak menjadi syarikat katering yang mengikuti Garis Panduan Katering Sihat yang diperkenal Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Chilli Api Catering melihat permintaan bertambah daripada pelanggan yang semakin sedar peri penting memakan makanan lebih sihat.