Topik diikuti
Pergi ke BHkuRancangan radio, 'The Big Show' di One FM 91.3 beralih ke Kiss92
Rancangan radio, 'The Big Show' di One FM 91.3 beralih ke Kiss92
STESEN radio berbahasa Inggeris Kiss92 telah membuat rombakan kepada barisan deejay-nya.
Mereka yang membawa perspektif unik tersendiri kepada rancangan masing-masing akan menawarkan pendengar dengan hiburan berdasarkan pelbagai topik.
Ia termasuk daripada muzik terkini, cadangan makanan dan kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal.
Antara rombakan yang dilakukan ialah rancangan pagi popular di One FM 91.3, The Big Show, yang dihoskan deejay, Glenn Ong, 52 tahun; The Flying Dutchman (FD), 67 tahun; dan Angelique Teo, 49 tahun telah berpindah ke Kiss92.
One FM 91.3 merupakan stesen radio di bawah SPH Radio juga.
Ditanya mengenai peralihan daripada One FM 91.3 - yang demografik pendengarnya lebih kepada golongan lanjut usia - kepada Kiss92, yang bermula sebagai stesen radio pertama Singapura yang menyasarkan wanita dan keluarga muda di bawah umur 40 tahun, deejay Ong berkata:
"Masa sudah berubah, sekarang semuanya tentang kesamaan.
"Sekarang, siapa yang berani tentukan stesen ini hanya bagi wanita dan stesen lain hanya untuk lelaki?
"Kedua-dua stesen baik untuk wanita, lelaki dan sesiapa sahaja."
Menurut laporan The Straits Times, FD berkata, mereka sudah lama mahu membawa rancangan tersebut ke Kiss92.
"Sekarang, ia sudah berlaku, jadi kami sangat ghairah," katanya.
Sementara itu, Joshua Simon, yang menerajui The Morning Show Kiss92 bersama Carol Smith dan Jill Lim sejak Julai 2022, kini menjadi hos On Your Way, di Kiss92 pada setiap Isnin hingga Jumaat dari 4 petang hingga 8 malam.
Data menunjukkan bahawa Kiss92 telah membangunkan asas yang kukuh dengan pendengar milenial, ramai di antara mereka merupakan ibu bapa muda yang bekerja.
"Masa sudah berubah, sekarang semuanya tentang kesamaan. Sekarang, siapa yang berani tentukan stesen ini hanya bagi wanita dan stesen lain hanya untuk lelaki? Kedua-dua stesen baik untuk wanita, lelaki dan sesiapa sahaja." - 'Deejay' Glenn Ong, mengenai peralihan Kiss92.