KEANDALAN rangkaian rel setempat meningkat bagi tiga bulan pertama 2020,dengan kereta api tergendala setiap 1.4 juta kilometer perjalanan.
Ini berbanding insiden kereta api tergendala yang berlaku setiap 1.32 juta kereta api - kilometer (train-km) bagi sepanjang 2019, lapor The Straits Times.
Bagi tempoh dari Januari hingga Mac tahun ini, kereta api setempat mencapai jarak 1.401 juta train-km sebelum tergendala lebih lima minit, mengikut maklumat pergerakan purata bagi 12 bulan yang dikongsi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (15 Mei).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg