Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangkaian ST Engineering di S'pura dan perniagaan lain tidak terjejas oleh serangan siber di AS

Jun 7, 2020 | 5:51 PM
ST Engineering berkata ia mengambil satu siri langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengelak berulangnya gangguan itu.
ST Engineering berkata ia mengambil satu siri langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengelak berulangnya gangguan itu. - PEXELS

Firma teknologi pertahanan terbesar Singapura, ST Engineering berkata hari ini (7 Jun) bahawa rangkaian teknologi maklumatnya di sini dan perniagaan lain tidak terjejas oleh satu serangan siber ke atas anak syarikatnya di Amerika Syarikat.

Serangan perisian tebusan (ransomware) ke atas anak syarikatnya, VT San Antonio Aerospace, menyebabkan data terbocor, termasuk butiran kontrak dengan pelbagai pemerintah seperti Peru dan Argentina serta agensi termasuk Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Nasional.

Data sekitar 1.5 terabyte dipercayai telah dicuri.

Dalam kenyataannya, ST Engineering berkata gangguan itu terbatas di VT San Antonio Aerospace dan berikrar memberi respons terhadap kejadian itu secara 'telus dan proaktif'.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg