Topik diikuti
Pergi ke BHkuRestoran bufet The Landmark digantung lesen 2 minggu

Aug 30, 2018 | 5:30 AM
Restoran bufet The Landmark digantung lesen 2 minggu
SEBUAH restoran bufet halal terkenal digantung lesennya oleh Agensi Sekitaran Nasional (NEA) kerana gagal memastikan kebersihan kawasannya dan menjual makanan tidak bersih.
Menurut laporan The Straits Times, The Landmark, yang terletak di tingkat lima Village Hotel Bugis di Victoria Street, berhenti beroperasi sejak kelmarin sehingga 10 September nanti.