Topic followed successfully
Go to BHkuRLAF, agensi PBB kumpul derma bantu Gaza
RLAF, agensi PBB kumpul derma bantu Gaza
RLAF, agensi PBB kumpul derma bantu Gaza
YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) kini menganjurkan satu pengumpulan derma bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Menurut RLAF, mereka akan mengadakan usaha ini dengan tujuan memberi sokongan bantuan dalam bentuk bantuan kesihatan, makanan dan khidmat masyarakat bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terkini di Gaza. RLAF menjalankan usaha mengumpul derma secara dalam talian menerusi pelbagai wadah hingga 30 Mei ini dalam usaha menyediakan bantuan untuk rakyat Palestin.
Orang ramai boleh menderma menerusi kaeadah berikut:
- PayNow - UEN: 200910530ZCHQ dan catatkan 'Gaza' di bahagian catatan
- Giving.SG - www.tinyurl.com/aidforgaza.
- Muslim.SG - RLAF - Bantuan Kemanusiaan untuk Gaza
- Pemindahan wang antarbank menerusi RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation) - Pindahkan kepada Akaun Semasa OCBC di nombor akaun: 601313315001
- Kemukakan cek yang dialamatkan kepada 'RLAF'. Letak nama penderma, nombor telefon dan nyatakan 'Gaza'. Poskan cek itu ke alamat berikut - RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702)
Semua sumbangan akan disalurkan menerusi UNRWA yang beroperasi secara aktif bagi menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mangsa dan keluarga mereka.

