SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei dibatalkan ekoran keadaan Covid-19 yang semakin teruk

Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei dibatalkan ekoran keadaan Covid-19 yang semakin teruk

May 4, 2021 | 4:26 PM

Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei dibatalkan ekoran keadaan Covid-19 yang semakin teruk

Pada 28 April, Istana mengumumkan bahawa ia membuka perkarangannya kepada orang ramai buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula.
Pada 28 April, Istana mengumumkan bahawa ia membuka perkarangannya kepada orang ramai buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula. - Foto Fail ST

ACARA Rumah Terbuka Istana pada 13 Mei akan dibatalkan disebabkan oleh keadaan Covid-19 yang semakin teruk. Acara itu dibatalkan ekoran seruan terbaru Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 supaya mengurangkan interaksi sosial, kata Istana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden pada Selasa (4 Mei). Pemegang tiket boleh menyertai acara Rumah Terbuka Istana seterusnya dengan tiket yang mereka miliki itu. Rancangannya adalah untuk membuka semula Istana kepada orang ramai secara bertahap, memandangkan keadaan Covid-19 di Singapura stabil dalam beberapa bulan kebelakangan. "Namun, sejak kami mengumumkan pembukaan semula rumah terbuka ini, malangnya terdapat peningkatan dalam bilangan kes Covid-19 setempat. Oleh itu, kami memutuskan supaya berhati-hati dan membatalkan Rumah Terbuka Istana," kata Istana. Pada 28 April, Istana mengumumkan bahawa ia membuka perkarangannya kepada orang ramai buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula. Acara itu adalah untuk menyambut Hari Pekerja dan Hari Raya Puasa, yang masing-masing jatuh pada 1 Mei dan 13 Mei tahun ini. Sebelum wabak itu, Istana menyambut pengunjung pada cuti umum Hari Raya Puasa dan Hari Pekerja setiap tahun. Permulaan pandemik Covid-19 tahun lalu melihat pembatalan kedua-dua acara tersebut, dan menggantikannya dengan lawatan maya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg