Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaktiandi kongsi kemeriahan Raya di Toa Payoh East CC
Ketua akar umbi dan penghuni serta staf Rumah Kebajikan Muhammadiyah antara 300 undangan hadir
Jun 24, 2018 | 5:30 AM
Saktiandi kongsi kemeriahan Raya di Toa Payoh East CC
ANGGOTA Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, berkongsi kemeriahan sambutan Lebaran bersama ketua akar umbi, rakan kongsi masyarakat serta penghuni dan pekerja Rumah Kebajikan Muhammadiyah dalam majlis jamuan tengah hari Hari Raya Aidilfitri di Kelab Masyarakat Toa Payoh East semalam.
Sekitar 300 tetamu berbilang kaum menghadiri majlis jamuan tersebut yang diserikan lagi dengan persembahan daripada anggota Kelab Kesenian dan Kebudayaan Masyarakat dari Kelab Masyarakat di kawasan Toa Payoh.