Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan Krismas berbeza tetapi tetap istimewa

Dec 25, 2020 | 5:30 AM
CERIA SAMBUT KRISMAS: Cik Nadia Ng-Bech bersama suami, Encik Michael Bech, dan dua anak mereka, Cooper dan Emalee, menyambut Krismas dengan sederhana tahun ini. - Foto BH oleh DESMOND FOO
CERIA SAMBUT KRISMAS: Cik Nadia Ng-Bech bersama suami, Encik Michael Bech, dan dua anak mereka, Cooper dan Emalee, menyambut Krismas dengan sederhana tahun ini. - Foto BH oleh DESMOND FOO -

MESKIPUN 2020 amat mencabar, Cik Nadia Ng-Bech, 32 tahun, berkata beliau memaksa dirinya untuk terus berfikiran positif, termasuk semasa mengharungi tempoh pemutus litar hampir dua bulan awal tahun ini.

Ibu dua anak ini berasa di sebalik kepahitan yang dilalui itu, ada banyak juga perkara baik yang berlaku tahun ini dan bercadang mengambil kesempatan perayaan Hari Natal untuk merenung kembali perkara-perkara tersebut.

"Sewaktu bermulanya pemutus litar, agak sukar bagi kami sekeluarga menyesuaikan diri. Tetapi keadaan menjadi lebih baik selepas minggu pertama... malah saya sebenarnya mula menyukainya," ujarnya.

"Pada Hari Natal ini, saya rasa amat berterima kasih dengan apa yang telah kami lalui. Kami tidak terjejas banyak berbanding orang lain, dan tiada anggota keluarga ataupun rakan terdekat kami dijangkiti wabak ini," katanya lagi

Selain unsur keagamaan, ia juga adalah waktu untuk dirinya meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman, kata Cik Ng-Bech, yang bercadang membuat panggilan video dengan keluarga mentuanya di Sydney, Australia.

"Saya rasa sambutan pada tahun ini adalah sesuatu yang berbeza namun tetap istimewa. Kerana kami tidak dapat menyambutnya secara besar-besaran, ini bermakna kami hanya dapat meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan lebih mesra," sambungnya.

Antara tradisi keluarganya yang diraikan setiap tahun adalah menghiasi rumah mereka dan bertukar-tukar hadiah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hidangan khas seperti daging bakar dan manisan trifle atau lapisan kek span, kastard dan krim juga disediakan, kata Cik Ng-Bech.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg