KAWASAN pinggir air di Empangan Yishun yang sebelum ini dipenuhi sampah dan sisa plastik, kini telah dibersihkan oleh beberapa agensi, menurut Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).
MPA, yang bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk memastikan kawasan pantai dibersihkan secara berkala, mengesahkan bahawa pembersihan selama empat hari itu telah dilakukan dan selesai pada Selasa lalu, lapor The Straits Times (ST) semalam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg