Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SBS Transit sediakan penginapan hotel untuk pemandu bas Malaysia

Mar 17, 2020 | 4:21 PM
JAGA KEBAJIKAN PEMANDU: SBS Transit telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk pemandu bas Malaysia.
JAGA KEBAJIKAN PEMANDU: SBS Transit telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk pemandu bas Malaysia. - Foto Fail

PENGENDALI pengangkutan awam SBS Transit telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk pemandu bas Malaysia sebelum sekatan bermula di Malaysia pada hari Rabu (18 Mac).

Ini akan membolehkan perkhidmatan bas diteruskan seperti yang dijadualkan, katanya.

Dalam satu kiriman di Facebook pada hari Selasa, SBS berkata: "Memandangkan pengumuman terbaru oleh pihak berkuasa Malaysia, kami telah mendapatkan penginapan sementara di beberapa hotel untuk kapten bas Malaysia kami.

"Ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta bagi memastikan perkhidmatan bas yang dijadualkan tidak terjejas."

Ia menambah: "Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memantau keadaan. Kami kekal komited untuk melindungi kebajikan kedua-dua penumpang dan kapten bas kami."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg