SINGAPURA harus mula bersiap sedia untuk menjalani kehidupan dengan koronavirus buat jangka panjang, dengan orang ramai perlu mengubah cara mereka hidup dan bekerja sedang syarikat mencari cara baru untuk menghantar produk mereka, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Selasa (9 Jun) dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.
Ucapan tersebut antara beberapa ucapan menteri Kabinet yang disampaikan untuk menjelaskan masa depan Singapura selepas Covid-19.
Menurut Encik Wong, penyesuaian yang perlu dilalui itu tidak bergantung kepada usaha pemerintah sahaja, bahkan sikap dan pemikiran orang ramai juga penting dalam bulan-bulan akan datang.
Justeru , Encik Wong menggesa warga agar kekal disiplin dan berwaspada.
Beliau berkata banyak perkara - daripada perancangan bandar hingga ke cara perniagaan dilaksanakan - harus menyesuaikan kepada kelaziman baru itu.
"Kita harus realistik dan bersedia menghadapi masa-masa lebih mencabar," kata Encik Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian menangani Covid-19.
“


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg